Kayak Sempena Sambutan 50 Tahun Jubli Emas KETENGAH

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
06 - 07 Oktober 2023, Hulu Dungun

Sempena Ulang Tahun Ke-50 Tahun KETENGAH, Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Asri Baharum telah menghantar 4 orang anggota kerja bagi mewakili PERDA untuk menyertai program kayak sempena sambutan 50 Tahun Jubli Emas KETENGAH.

Ekspedisi berkayak ini bermula dari Kampung Pasir Raja dan bermalam di Kampung Jongok Batu sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Kuala Jengal. Jarak dayungan yang dilalui oleh setiap peserta ialah sejauh 40 kilometer. Melalui program ini, semangat kerjasama dan jalinan ukhwah terjalin disamping peserta dapat menikmati keindahan panorama alam yang indah.

Program anjuran KETENGAH dengan kerjasama Kelab Keluarga KETENGAH ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) yang juga merupakan Presiden Kelab Keluarga KETENGAH.

Turut serta dalam acara ini adalah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Program berkayak ini juga merupakan simbolik kepada kesukaran yang terpaksa dilalui oleh penduduk tempatan untuk ke bandar Dungun sebelum terbinanya jalan raya.

Menyedari kesusahan dan kepayahan penduduk pada ketika itu satu projek jalan raya telah dilaksanakan oleh KETENGAH yang menghubungkan Al Muktafi Billah Shah ke Kampung Pasir Raja.

Sepanjang 50 tahun penubuhan KETENGAH, pelbagai program dan projek telah dilaksanakan di setiap perdesaan dalam Wilayah KETENGAH.

Sebagai tanda sokongan dan meraikan sambutan tersebut, PERDA juga telah menyampai dan mengedarkan “goodies” kepada semua peserta yang menyertai program ini.

PERDA mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh warga kerja KETENGAH. Bertepatan dengan slogan "Peneraju Pemodenan Pembangunan", KETENGAH akan terus menabur bakti kepada masyarakat di wilayahnya.

Selamat Menyambut Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan KETENGAH.

KREDIT FOTO : Mohd Jamil Bin Abd. Ghafar | MEDIA KETENGAH

#perda #merealisasikanharapanrakyat #KKDW #luarbandarsejahtera #mediaperda #perdabantu #Ketengah #kejora #keda #kesedar
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.