Program Selawat Perdana sempena Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2023

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
14 Julai 2023  |  Bertam Square, Kepala Batas

Program Selawat Perdana sempena Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2023 telah berlangsung pada 14 Julai 2023 bersamaan dengan hari Jumaat bermula pada jam 9.00 malam bertempat di Bertam Square, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW (Ekspo TVET@KKDW) merupakan ekspo tahunan yang diadakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian. Ia bertujuan untuk mempromosikan peluang latihan kemahiran yang ditawarkan oleh Institusi TVET@KKDW kepada masyarakat luar bandar, khususnya para pelajar dan belia yang lebih berminat dalam bidang teknikal dan vokasional.

Penganjurannya melibatkan penyertaan dan kerjasama daripada 280 Institusi TVET@KKDW, di bawah tujuh (7) agensi penyedia TVET di Kementerian ini. Pelbagai program/ aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung yang memfokuskan pengisian kepada enam (6) zon berikut:

• Zon 1 (Pameran)
• Zon 2 (Komuniti)
• Zon 3 (Teknousahawan)
• Zon 4 (Cabaran Kemahiran)
• Zon 5 (Inovasi)
• Zon 6 (Seminar & Kerjaya)

Ekspo ini turut melibatkan penyertaan oleh rakan-rakan strategik daripada syarikat/ industri yang telah menjalinkan kolaborasi dengan Institusi TVET@KKDW. Sehubungan dengan itu, ekspo ini diharap dapat mempelbagaikan bentuk promosi/ publisiti bagi peluang latihan kemahiran di peringkat nasional dalam usaha mengarusperdanakan bidang TVET sebagai pilihan pendidikan dan kerjaya di masa hadapan untuk para pelajar dan belia khususnya di luar bandar.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.