Dalami ilmu keusahawanan lebih sistematik

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
14 & 16 Julai 2020, Jitra, Kedah Darul Aman

Kursus Asas Perniagaan Home Based yang dianjurkan oleh PERDA telah diadakan dari 14 hingga 16 Julai 2020 bertempat di Darulaman Golf Resort, Jitra, Kedah.

30 orang peserta telah mendaftar untuk menyertai kursus ini. Para peserta terdiri daripada usahawan-usahawan baharu yang beroperasi di rumah dan kebanyakan daripada mereka semakin aktif berniaga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac yang lalu.

Tujuan penganjuran kursus adalah supaya peserta berpeluang mendalami ilmu keusahawanan yang lebih sistematik dan fokus. Selain itu, kursus ini juga dapat membuka ruang dan peluang kepada usahawan supaya dapat menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan kekal dan berdaya saing.

Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Mohd. Asri Baharum turut hadir dikursus ini dan menyempurnakan penutupan kursus pada 16 Julai 2020.
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.