11 Disember 2020, Bandar PERDA
Datuk Bandar YBhg. Dato' Sr Haji Rozali Bin Haji Mohamud menerima kunjungan hormat dari Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) ke MBSP.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh YB Tuan Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq, Pengerusi PERDA bersama-sama pegawai iaitu Tuan Mohamad Asri Bin Baharum (Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA) dan Tuan Haji Mohd Azam Dahalan Bin Omar (Pengurus Hartanah dan Teknikal).
Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak disamping membincangkan perkembangan projek PERDA yang dilaksanakan di Seberang Perai.
Sumber : Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai
GALERI GAMBAR