11 September 2020, Butterworth
Bahagian Khidmat Pengurusan PERDA dengan kerjasama Biro Agama PUSPANITA PERDA telah melaksanakan Program Bicara Ilmu Penghayatan Islam : Pengurusan Jenazah bertempat di Dewan Mutiara Wawasan, Ibu Pejabat PERDA, Butterworth, Seberang Perai Utara.
Program ini telah disampaikan oleh Ustazah Hajah Rohayati binti Daud, Timbalan Pengarah, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar PERDA.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi memberi kefahaman dan pendedahan tentang kepentingan mengetahui kaedah pengurusan jenazah yang betul serta meningkatkan kesedaran untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam kehidupan seharian. Program ini telah dihadiri seramai 50 warga kerja wanita PERDA.