28 Ogos 2020, Kubang Menerong
Seksyen Kecemerlangan Akademik, Bahagian Pembangunan Insan PERDA telah mengadakan Program Cabaran Norma Baru Bidang Pendidikan pada 28 Ogos 2020 di Midtown PERDA, Kubang Menerong, Seberang Perai Utara.
Program ini telah dihadiri seramai 201 orang guru daripada sekolah-sekolah seliaan PERDA di sekitar Seberang Perai. Penceramah jemputan bagi program ini ialah Dr. Chiew Wye Lee, Pegawai Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara dan Encik Saiful Nizam bin Ramlee, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi maklumat dan panduan terkini mengenai norma – norma baru bidang pendidikan yang perlu dilaksanakan oleh warga pendidik kepada anak didik mereka.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Khaliq Mehtab bin Mohd Ishaq, Pengerusi PERDA.