Mesyuarat Penyelarasan LKW dan lawatan kerja ke projek-projek pembangunan PERDA

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
06 & 07 Julai 2020, Seberang Perai, Pulau Pinang


Pada 06 dan 07 Julai yang lalu telah diadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan Berasaskan Tenusu di Hotel The Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Pada hari pertama,  perjalanan bengkel yang melibatkan seramai hampir 50 orang peserta yang diketuai oleh Dato’ Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Norison Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Pengurus-pengurus Besar LKW, dan pegawai-pegawai kanan dari kementerian serta pengawai-pegawai dari agensi-agensi di bawah kementerian.

Hari berikutnya, para ahli mesyuarat dan bengkel telah dibawa meninjau lokasi projek Agrotourisme Tasek Gelugor yang dibantu pembangunannya oleh PERDA. Bermula dari Jeti Pengkalan Machang, Sungai Dua dengan menaiki bot yang disediakan, mereka dapat melihat keindahan flora dan fauna yang terdapat di tepian sungai hingga ke Pengkalan Lebuh Banting.

Selepas itu, ahli-ahli mesyuarat dibawa melawat PERDA Food Park di Kubang Menerong yang menyediakan sebanyak 27 unit kilang untuk disewa oleh para usahawan. Di sini ahli-ahli mesyuarat berpeluang melihat dengan lebih dekat produk-produk berasaskan makanan dan minuman yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan.

Oleh kerana Mesyuarat Penyelarasan LKW diadakan di Dewan Lili, PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. Midtown, ahli-ahli mesyuarat turut berpeluang melawat pejabat anak syarikat PERDA tersebut yang teretak bersebelahan dengan tapak PERDA Food Park.
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.