Usahawan PERDA pelajari strategi pengiraan kos dan penetapan harga produk

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

17-19 Ogos 2020, Bayan Lepas, Pulau Pinang

31 orang usahawan bimbingan PERDA berpeluang mendalami ilmu berkaitan pengiraan kos dan penetapan harga melalui kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA di Bayan Lepas pada 17 hingga 19 Ogos yang lalu. 

Kursus ini dianjurkan untuk membolehkan pengetahuan para usahawan dipertingkatkan terutama di dalam aspek bagaimana sesuatu produk itu ditentukan harga berdasarkan beberapa asas pengiraan. 

Mereka juga didedahkan asas pengiraan ini melalui beberapa tahap melalui formula-formula pengiraan sehingga sesuatu produk itu dapat ditentukan harganya sesuai dengan pasaran. 

Sebagai tambahan mereka juga diajar menyediakan pelan kelangsungan perniagaan sebagai panduan untuk memastikan perniagaan mereka terus kekal. 

Di dalam kursus ini para usahawan dibimbing oleh Lizam Karim, dari Advance Coaching Resourcer dan pegawai-pegawai PERDA.
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.

Laman Web Rasmi PERDA