Timbalan Menteri 2 KPLB Melawat PERDA

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 
21 Jun 2020, Butterworth

Ibu Pejabat PERDA di Butterworth telah dikunjungi oleh Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri 2 Pembangunan Luar Bandar dalam lawatan kerjanya ke sini pada 21 Jun yang lalu.

Dalam lawatannya itu, beliau telah diberikan taklimat mengenai PERDA oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, Mohd. Asri Baharum. Turut bersama dalam taklimat itu ialah Pengerusi PERDA, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, Pengurus Besar PERDA, Dato’ Rosman Hashim dan Pengarah Pejabat KPLB Negeri Wilayah Utara, Hakmal Effendi Ishak.

Dalam lawatan ini juga, Dato Henry berkesempatan menyaksikan upacara penyerahan secara rasmi pengurusan Hotel Bahang Bay (hotel milik penuh PERDA) oleh Pengerusi PERDA yang mewakili PERDA kepada Pengarah Urusan The Blanket Hotel, Khalid Nasar Habib yang akan menjadi operator pengoperasian Hotel Bahang Bay.

Hotel Bahang Bay dijadualkan bakal dibuka pada pertengahan bulan Julai tahun ini, sedang mengadakan promosi sempena pembukaannya dengan kadar penginapan serendah RM150.00 sahaja. Maklumat lanjut berhubung dengan promosi ini boleh didapati di laman facebook Bahang Bay Hotel.
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.