Previous Next

Inisiatif PERDA-TECH Bantu Barisan Hadapan

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Rabu, 15 April 2020

Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 15 Apr (Malaysiaaktif) - Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) Nibong Tebal melalui Jabatan Senireka Fesyen mengambil inisiatif untuk membantu petugas barisan hadapan
 Hospital Sungai Bakap dalam menyiapkan peralatan kelengkapan perlindungan diri (PPE).

Inisiatif ini digerakkan dibawah program PERDA4U yang diuruskan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA-TECH Mohd Asri Baharum, dan penyumbang dana bagi program ini adalah daripada kalangan pegawai serta kakitangan PERDA-TECH sendiri.

Ketua Jabatan Seni Reka Fesyen PERDA-TECH, Nasrullah Mohd Redzuan diberi tanggungjawab mengetuai projek ini sambil dibantu oleh 10 orang petugas sukarelawan.

"Inisiatif ini telah bermula pada 10 April yang lalu dengan pihak Hospital Sungai Bakap telah menyediakan 500 meter kain fabrik bagi merealisasikan projek ini.

"Proses menghasilkan projek ini berjalan lancar dengan setiap petugas diingatkan untuk sentiasa mementingkan kebersihan dan keselamatan diri dengan mengikuti etika dan peraturan seperti menggunakan penutup muka serta penjarakan sosial satu meter," katanya.

Berita Penuh : MalaysiaAktif

 


Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.