23 - 25 April 2021, Hotel Bahang Bay
Bahagian Pelaburan bersama Bahagian Pembangunan Hartanah dan Teknikal, PERDA telah mengadakan Bengkel Pemeriksaan Kecacatan Bangunan Hotel Bahang Bay pada 23 sehingga 25 April 2021 bertempat di Hotel Bahang Bay, Pulau Pinang.
Bengkel ini telah diketuai oleh Mohamad Azam Dahalan, Pengurus Bahagian Hartanah dan Teknikal PERDA dan dihadiri oleh seramai 15 orang pegawai PERDA.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memeriksa Laporan Kecacatan Bangunan Hotel sekaligus memeriksa fizikal bangunan Hotel Bahang Bay.
Bengkel ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Mohd Asri Baharum.
GALERI GAMBAR