PERDA sumbang barangan makanan keperluan asas kepada golongan yang terjejas kerana pelaksanaan PKP 2.0

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

15 Februari 2021, Ibu Pejabat PERDA, Butterworth 

Langkah kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua, bermula dari 13 Januari 2021 hingga 18 Februari 2021 adalah bertujuan untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19. Ia berikutan dari peningkatan kes jangkitan harian yang telah melebihi 3000 ke 4000 kes baru setiap hari.

Bagaimanapun, pada PKP kali ini beberapa sektor tidak dibenarkan beroperasi atau masa pembukaan yang terhad menyebabkan sebahagian rakyat yang bergantung pendapatan daripada sektor ini terjejas. 

“Kerajaan sedar bahawa pelaksanaan PKP 2.0 pada kali ini bukanlah langkah yang popular kerana ia memberi kesan yang besar kepada ekonomi negara apatah lagi kepada pendapatan sesuatu keluarga,” kata Pengerusi PERDA, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq ketika menyampaikan ucapan ringkas sebelum menyerahkan sumbangan barangan makanan keperluan asas kepada golongan yang terjejas. 

PERDA mengambil inisiatif melalui jawatankuasa PERDA4U untuk melaksanakan Program PERDA4U #KamiPrihatin siri 1/2021. Program PERDA4U kali ini menyasarkan seramai 650 orang penerima/keluarga yang telah dikenal pasti, melibatkan 50 orang penerima bagi setiap parlimen di 13 kawasan parlimen yang terdapat di negeri ini. 

Wakil bagi setiap kawasan parlimen telah mengambil bantuan barangan makanan tersebut daripada pihak PERDA4U di ibu pejabat PERDA Butterworth. 

Barangan tersebut adalah meliputi 10 jenis barangan asas iaitu beras, minyak masak, telur ayam, gula, tepung, kicap, sos cili, biskut, mee segera dan kopi. Kos pembelian barangan bantuan ini ialah sebanyak RM40,000.00. 

“Dengan sumbangan ini besarlah harapan kami ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh golongan yang terjejas akibat Covid-19 dan PKP 2.0,” ujar Khaliq Mehtab lagi.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2021

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.