Lawatan kerja Ketua Setiausaha KPLB ke Perda

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
24 Disember 2021 - Pulau Pinang

Dato’ Ramlan Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar (KPLB) telah mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Perda pada 23 hingga 24 Disember lalu. Ini merupakan kunjungan beliau yang pertama ke Perda selepas dilantik sebagai Ketua Setiausaha KPLB pada 1 Oktober 2021 yang lalu menggantikan Dato’ Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Pada hari pertama beliau ke Perda, Pengurus Besar Perda, Dato’ Rosman Hashim telah memberikan taklimat khusus berkaitan operasi dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Perda selain dari sejarah penubuhan serta cabaran yang dihadapi oleh Perda.

Kemudian, pada sebelah Dato’ Ramlan telah dibawa melihat perkembangan pembangunan Institut Kemahiran Tinggi Perda (Perda-Tech) di Nibong Tebal. Di sini beliau diberi penerangan berkaitan kerja-kerja naik taraf bangunan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Dewan Utama Perda-Tech.Selain ini beliau turut meninjau bengkel-bengkel yang menyediakan kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan di sini.

Dato’ Ramlan juga sempat melihat kerja-kerja pembinaan dua buah bengkel baru iaitu bengkel untuk kursus pertanian dan automotif.

Lawatan hari kedua pula, beliau telah berpeluang melawat kedai DesaMall@PERDA yang terletak di Permatang Buloh, SPU. DesaMall@PERDA ini merupakan kedai rangkaian pemasaran produk luar bandar milik KPLB yang pertama dibuka di wilayah utara semenanjung.

Taklimat pengoperasian DesaMall@PERDA telah diberikan oleh Pengerusi Koperasi Perda, Mohd. Asri Baharum yang juga adalah Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Perda. Turut bersama di sini ialah Ketua Eksekutif Syarikat E-Lokal Sdn. Bhd., Ahmad Shah Wahid dan Mohd. Sabri Ramly, Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti KPLB.

Destinasi akhir lawatan Dato’ Ramlan ialah ke Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang DBD. Pengurus Operasi Hotel Bahang Bay, Ieja Hindun Salleh telah memberikan penerangan perjalanan operasi hotel ini kepada beliau.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2021

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.