23 November 2021, Butterworth
Satu sesi Latihan Kebakaran atau Fire Drill telah dilaksanakan di Bangunan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bersama dengan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Butterworth, Pulau Pinang.
Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi latihan kepada setiap anggota kerja mengenai kaedah atau langkah keselamatan atau tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya berlaku situasi kecemasan atau lebih tepat kebakaran di premis atau bangunan masing-masing.
Hasil dari sesi post mortem sejurus selepas simulasi tadi dapat dirumuskan, kesemua anggota kerja mempamerkan kerjasama yang mantap di mana mereka berjaya keluar menerusi tangga kecemasan dengan mengambil masa yang pantas dan teratur serta mengikut aspek keselamatan yang telah ditetapkan. #syabas warga PERDA.
GALERI GAMBAR