PERDA beri tumpuan kepada pembangunan kemahiran wanita luar bandar

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

15 Februari 2021, Butterworth 

“Program PERDA4U akan diteruskan lagi dengan memberi penumpuan kepada pembangunan kemahiran untuk golongan wanita. Ia adalah program kerjasama yang melibatkan PERDA, jabatan-jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat.” Demikian dinyatakan oleh Pengerusi PERDA, Khaliq Mehtab Mohd. Ishak ketika ditemui di upacara penyerahan bantuan barangan makanan keperluan asas kepada golongan yang terkesan akibat PKP 2.0 di ibu pejabat PERDA Butterworth. 

“Oleh kerana pelaksanaan PKP 2.0 sedang berlangsung sekarang, program ini dijadual akan diadakan selepas penarikan balik pelaksanaan PKP 2.0 nanti,” tambah beliau lagi. 

Program pembangunan kemahiran untuk golongan wanita luar bandar ini merangkumi program latihan dan bimbingan yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. 

Selain itu, mewujudkan peluang menjana pendapatan dan penglibatan wanita luar bandar dalam sektor ekonomi. 

Antara bidang kemahiran yang akan didedahkan kepada golongan ini ialah kulinari, kraftangan, pertanian, ICT, dan bidang lain yang bersesuaian. 

Peserta-peserta wanita yang akan terpilih nanti adalah dari kumpulan sasar golongan isi rumah berpendapatan rendah atau B40. 

Dari segi pelaksanaan pula, program-program pembangunan kemahiran wanita ini akan diadakan di dua pusat komuniti desa (PKD) iaitu PKD Sungai Chenaam, Seberang Perai Selatan dan PKD Kampung Selamat, Seberang Perai Utara.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2021

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.

Laman Web Rasmi PERDA