KPLB peruntukkan RM355 juta bagi PPRT

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

22 Januari 2021, Kuala Lumpur

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan kira-kira RM355 juta untuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi tahun ini.

Peruntukan bagi tujuan bina baharu melibatkan jumlah RM138.34 juta yang akan memberi manfaat kepada 2,000 penerima manakala sebanyak RM216.7 juta untuk tujuan baik pulih akan memberi manfaat kepada 14,000 penerima.

Menterinya, Datuk Abd. Latiff Ahmad berkata, pihaknya akan meneruskan fokus kepada projek-projek infrastruktur  di luar bandar tahun ini.

Beliau berkata, 539 projek infrastruktur yang telah dirancang untuk tahun ini diharap dapat dilaksanakan mengikut jadual walaupun berhadapan kekangan dan cabaran wabak Covid-19.

“Ini termasuk projek sambungan RMKe-11 yang perlu diberi keutamaan disegerakan dan dipantau rapi pelaksanaannya bagi memastikan projek berkaitan dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Tahun Baru 2021 KPLB secara langsung melalui Facebook hari ini.

Abd. Latif berkata, fokus kedua adalah untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar khususnya dalam situasi pandemik Covid-19 di mana bilangan isi rumah miskin di luar bandar dijangka bertambah.

Menurutnya, Paras Garis Kemiskinan yang dipinda daripada RM960 kepada RM2,208 pada tahun 2019 menyebabkan bilangan isi rumah miskin di luar bandar meningkat daripada 78,187 kepada 182,116 pada April tahun lalu.

“Dalam hal ini, KPLB perlu menyelaraskan semula program-program ini untuk mengelakkan pertindihan dan mampu  mengeluarkan mereka yang berkaitan daripada lingkaran garis kemiskinan,” katanya.

Sembur Artikel : K!ONLINE


AKTIVITI 2021

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.