11 Oktober 2021, Tasek Gelugor
PERDA telah menganjurkan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara pihak E-Lokal Sdn.Bhd, Koperasi PERDA (KoPERDA) dan Al-Haddad Mart Sdn Bhd pada 11 Oktober 2021 bertempat di Dewan Refflesia, MIDTOWN PERDA, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
KoPerda telah diwakili oleh Mohd. Asri Baharum selaku Pengerusi, manakala e-Lokal diwakili oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Shah Wahid. Bagi pihak Al Hadad Group pula, ia diwakili oleh Pengasas dan Pengarah Urusan Syed Ageel Syed Mohd Mahayadin Anuar.
Program ini disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan pengurusan tertinggi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.
Desamall@KPLB merupakan rangkaian stor yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi membantu usahawan luar bandar mengetengahkan produk mereka melalui platform E-Dagang seperti Lazada, Shopee, Presto Mall dan lain-lain.
Desamall@KPLB juga mendapat pengiktirafan status kedai official store melalui platform E-Dagang terpilih.
Selain itu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga mengambil inisiatif dengan mewujudkan premis fizikal stor runcit Desamall@KPLB di Mersing, Johor dan Lipis, Pahang. Pulau Pinang merupakan negeri ketiga dipilih bagi pembinaan premis Desamall di wilayah PERDA.
Tujuan utama pewujudan stor runcit ini adalah bagi memberi peluang kepada usahawan luar bandar meletakkan produk-produk mereka secara fizikal.
Desamall@PERDA terletak di Simpang Empat Permatang Buluh, Sungai Dua mempunyai keunikan tersendiri berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi dan disulami dengan penyediaan kopi asli Pulau Pinang oleh Qah-Wa Cafe.
Ini menjadikan Desamall@PERDA merupakan stor runcit pertama di Malaysia yang mempunyai kafe tersendiri.
Operasi Desamall@PERDA akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Koperasi PERDA (KoPERDA) dan akan dipantau oleh pihak E-Lokal Sdn. Bhd sebagai pentadbir yang dilantik oleh KPLB.
Datuk Che Murad Sayang turut membuat lawatan ke tapak pembinaan bangunan Desamall@PERDA sejurus selesai majlis menandatangani persefahaman berlangsung.

GALERI GAMBAR