Workcamp Cadangan Pemajuan Pembangunan di Bandar PERDA

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

21 - 23 Mac 2021, Kuala Lumpur

Pada 21 hingga 23 Mac 2021 yang lalu, Bahagian Khidmat Pengurusan dengan kerjasama Bahagian Hartanah dan Teknikal dan Bahagian Perancangan Strategik, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang telah menganjurkan Workcamp Cadangan Pemajuan Pembangunan di Bandar PERDA bertempat di Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur. Seramai 27 orang peserta dari PERDA dan Aseania Development Sdn Bhd (ADSB) telah menghadiri workcamp tersebut.

Objektif penganjuran workcamp ini bertujuan untuk menilai dan membincangkan cadangan pembangunan di atas baki tanah di Bandar PERDA oleh ADSB, membincangkan kaedah dan nilai bayaran pulangan kepada PERDA, membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan pembangunan Bandar PERDA dan memuktamadkan terma-terma perjanjian antara PERDA dan ADSB. Workcamp ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat, Tuan Khaliq Mehtab bin Mohd Ishaq, Pengerusi PERDA.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2021

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.

Laman Web Rasmi PERDA