Majlis Sentuhan Kasih Ramadan PERDA 2026

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

27 Februari 2026   |   Balik Pulau

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) komited meneruskan tradisi menyantuni masyarakat melalui penganjuran Majlis Sentuhan Kasih Ramadan PERDA 2026 yang berlangsung di Masjid Kampung Perlis, Balik Pulau.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama warga kariah.

Sebagai tanda keprihatinan, PERDA telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM18,000.00 bagi menyokong persediaan Ramadan buat pelajar tahfiz dan golongan asnaf, serta bantuan pengurusan aktiviti keagamaan kepada pihak masjid.

Selain peruntukan rasmi agensi, YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin, Pengerusi PERDA turut menzahirkan sifat ihsan melalui sumbangan peribadi berjumlah RM5,000.00 yang dikhususkan kepada golongan asnaf dan pemerkasaan fungsi masjid sebagai nadi komuniti.
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.