6 - 8 Mac 2026 | Butterworth
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menyertai program Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya yang berlangsung pada 6 hingga 8 Mac 2026 bertempat di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth.
Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif PERDA dalam memperkasa dan mempromosikan usahawan bimbingan agar lebih berdaya saing di pasaran.
Seramai 10 orang usahawan bimbingan PERDA telah mengambil bahagian dalam program ini dengan mempamerkan pelbagai jenis produk termasuk fesyen, makanan dan minuman.
Penyertaan ini memberi peluang kepada usahawan untuk memperluas rangkaian perniagaan, mempromosikan produk serta meningkatkan jualan secara langsung kepada pengunjung.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung sekitar Pulau Pinang dan kawasan berhampiran, sekali gus memberi impak positif kepada para usahawan yang terlibat.
PERDA komited untuk terus menyokong pembangunan usahawan tempatan melalui penyertaan dalam program keusahawanan dan platform pemasaran seperti ini bagi membantu meningkatkan pendapatan, daya saing serta keterlihatan produk usahawan di pasaran.
Usahawan PERDA Sertai Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya
- Hits: 70
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas








