5 Mac 2026 | KOMTAR
Suasana di Tingkat 59, The Top Komtar begitu meriah dengan meraikan para rakan media sekitar Pulau Pinang dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Media anjuran Unit Komunikasi Korporat PERDA.
Selain berkongsi keberkatan Ramadan, majlis turut menyaksikan Majlis Soft Launch Program Pensijilan Halal PKS PERDA Tahun 2026 yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA.
Inisiatif ini menyediakan peruntukan sebanyak RM150,000.00 untuk membimbing 10 orang usahawan terpilih melalui latihan, dokumentasi, dan naik taraf premis bagi memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada mereka berjaya menembusi pasaran baharu yang memerlukan pengesahan halal.
Akhir sekali, PERDA mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan Media Pulau Pinang yang sudi hadir memeriahkan majlis.
Sokongan padu kesemua rakan media dalam menyebarkan inisiatif PERDA amat kami hargai!
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas








