Program latihan luar negara

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

19 - 23 Januari 2026   |    Beijing, China

PERDA-TECH dalam usaha melaksanakan Program latihan luar negara bagi Kursus Pembangunan Dan Pengembangan Infrastruktur Kurikulum Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia Kepada Pelajar Jabatan Teknologi Automotif di Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) Tahun 2026 bertempat di Beifang, Beijing China bermula 19 - 23 Januari 2026.

Program berimpak tinggi ini melibatkan penyertaan tiga (3) orang tenaga pengajar sebagai sebahagian daripada usaha strategik memastikan latihan TVET dipacu oleh industri, khususnya dalam pembangunan kurikulum kursus EV yang merangkumi silibus dan modul latihan, serta penilaian teori dan amali selaras dengan perkembangan teknologi terkini Revolusi Industri 5.0 (IR5.0) dan keperluan semasa tenaga mahir negara.

Tiga orang pensyarah yang terlibat ialah:

  1. En. Mohammad Hafiz bin Mohamad Elias

  2. En. Mohd Zaid bin Hashim

  3. IR. TS. Khaironi bt. Mat Jelani

Majlis penutupan program turut dihadiri oleh tiga (3) Pegawai Pengurusan dan Profesional Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), iaitu:

  1. Tuan Haji Zolkhifli bin Mohamed

  2. En. Mohd Afhainizam bin Mahamad Yusop

  3. En. Rohaimi bin Othman

Pelaksanaan program ini dijangka memberi impak signifikan terhadap peningkatan kompetensi teknikal dan profesional tenaga pengajar, khususnya melalui pensijilan industri EV, pendedahan latihan antarabangsa serta program upskilling berterusan. Selain itu, program ini turut memperkukuh kelestarian pelaksanaan TVET EV di PERDA-TECH melalui pembangunan kepimpinan teknikal dan pelaksanaan pelan penggantian tenaga pakar (succession planning) secara sistematik.

GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.