20 - 22 Januari 2026 | Genting Highlands, Selangor
Bahagian Pembangunan Ekonomi, PERDA telah menganjurkan Bengkel Bahagian serta Sesi Post Mortem Ekspo PERDA (EXPERT) 2025 sebagai langkah penambahbaikan berterusan dalam usaha memperkasakan pembangunan usahawan Bumiputera di Pulau Pinang.
Bengkel ini bertujuan memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan program Bahagian Pembangunan Ekonomi lebih tersusun, efisien dan berimpak tinggi selaras dengan keperluan semasa usahawan.
Program ini juga diserikan lagi dengan sesi perkongsian bersama Bonda Rozita Ibrahim, seorang ikon usahawan wanita Melayu yang sedang menempah nama di dalam dan luar negara.
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas



















