31 Januari 2026 | Pengkalan Hulu
Konvoi PERDA Prihatin adalah salah satu initiatif PERDA menyantuni golongan yang memerlukan perhatian. Program anjuran Biro Keluarga dan Sosial Komuniti, Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan PERDA ke Rumah Kediaman Abu Nur di Pengkalan Hulu merupakan aktiviti riadah sambil berbakti kepada masyarakat khususnya anak-anak yang memerlukan perhatian dan sokongan kasih sayang.
Program ini turut mendapat sokongan daripada Seksyen K-Komuniti, Bahagian Pembangunan Insan PERDA. AKRAB PERDA juga turut serta mengadakan aktiviti yang menarik bagi menggembirakan anak-anak Kediaman Abu Nur ini.
Yang Di-Pertua KSKKP, Encik Normuslim bin Saad mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi PERDA, YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin atas sumbangan peribadi beliau kepada Kediaman Abu Nur.
Terima kasih juga diucapkan kepada PUSPANITA PERDA dan anggota kerja PERDA serta beberapa usahawan bimbingan PERDA kerana turut menyumbang kepada mereka.
Sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan peribadi serta makanan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA kepada pihak pengurusan kediaman ini.
Semoga sumbangan kecil ini serta kehadiran kami dapat memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
