8 Februari 2026 | Labuh Banting
Majlis Peluncuran Kota Warisan Perai (KWP) hari ini menandakan satu lagi mercu tanda penting dalam usaha memelihara identiti sejarah Seberang Perai.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang di Dewan Banjir, Labuh Banting.
Sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan kawasan luar bandar, PERDA telah memainkan peranan utama dalam fasa awal pembangunan infrastruktur dan pemerkasaan sosioekonomi penduduk di lokasi ini.
Usaha berterusan PERDA sebelum ini telah menyediakan asas yang kukuh bagi memastikan kawasan ini sedia ditransformasikan sebagai pusat warisan yang berdaya saing.
Antara pengisian utama sepanjang program hari ini ialah jualan usahawan termasuk usahawan bimbingan PERDA dan Jualan Rahmah.
Dalam pada itu, turut diadakan sesi pemeriksaan kesihatan, aktiviti plogging, dan pertandingan karaoke.
Peluncuran KWP bukan sekadar meraikan sejarah, malah merupakan kesinambungan visi PERDA untuk menyatukan komuniti melalui pembangunan yang seimbang antara kemajuan fizikal dan kelestarian warisan.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
