13 - 15 Februari 2026 | Langkawi
Pada 13 hingga 15 Februari yang lalu, Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Pejabat khusus untuk semua kakitangan Pembantu Khidmat Am (PKA). Bengkel yang berlangsung di Langkawi ini telah disertai oleh seramai 21 orang PKA.
Penganjuran bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan yang lebih menyeluruh kepada para PKA berkaitan tugasan sandaran serta penstrukturan semula tugasan pemandu selaras dengan keperluan semasa organisasi.
Selain itu, bengkel ini turut diisi dengan sesi taklimat oleh Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pengurus Bahagian Kewangan, di samping Taklimat oleh Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat yang memberi penerangan terperinci berkaitan prosedur kerja, tatacara pengisian dan pengurusan dokumen serta fail, termasuk peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam usaha memperkasa peranan, meningkatkan kompetensi serta memantapkan profesionalisme Pembantu Khidmat Am demi menyokong kecemerlangan penyampaian perkhidmatan organisasi.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
