4 - 5 Februari 2026 | Ibu Pejabat PERDA
Bengkel Pembudayaan Digital Document Management System (DDMS) anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan PERDA telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Digital Negara.
Bengkel yang berlangsung selama dua (2) hari pada 4 dan 5 Februari 2026 telah dihadiri oleh 77 warga kerja PERDA.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memastikan kelancaran fasa peralihan ke Sistem DDMS serta memperkukuh kefahaman peserta terhadap tatacara penggunaan sistem secara teknikal.
Pelaksanaan bengkel ini juga menyokong usaha membudayakan tadbir urus dokumen yang sistematik, selamat dan efisien selaras dengan agenda transformasi digital sektor awam.
Pada akhir sesi bengkel, satu sesi ‘Go Live’ turut dihadiri oleh Pengarah Negeri dan Penolong Pengarah Negeri Pejabat Arkib Negara Cawangan Negeri Pulau Pinang, sekali gus mencerminkan sokongan berterusan terhadap pelaksanaan Sistem DDMS di peringkat agensi.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
