15 Februari 2026 | Teluk Kumbar
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menyantuni penduduk di Pangsapuri Bandar Baru Teluk Kumbar menerusi Program PERDA Perkasa dan Khidmat Komuniti Blok 6 dan 7.
Program ini merupakan langkah proaktif PERDA dalam membimbing komuniti ke arah penubuhan Perbadanan Pengurusan (MC) yang lebih sistematik dan telus.
Antara intipati utama sepanjang program:
- Taklimat Pengurusan Strata: Memberi kesedaran tentang kepentingan MC bagi menjamin penyelenggaraan bangunan yang lebih teratur dan tadbir urus kewangan yang telus.
- Sinergi Agensi: Melibatkan kerjasama erat bersama Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) MBPP dan Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya dalam memberi khidmat nasihat kepada penduduk.
Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, dalam ucapannya menyeru agar seluruh penduduk memberikan kerjasama padu dalam penubuhan MC demi kesejahteraan dan keharmonian persekitaran kediaman bersama.
Terima kasih kepada semua penduduk Blok 6 dan 7 yang hadir memberikan sokongan. Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus kukuh demi kemajuan komuniti setempat.
Turut diadakan ialah perasmian Bangunan Pejabat Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Bandar Baru Teluk Kumbar yang telah dinaik taraf bersama kerja-kerja baik pulih rumah pangsa ini.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
