16 Januari 2026 | PERDA-TECH
PERDA-TECH telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama GIATMARA Malaysia bagi memperkukuhkan penawaran dan artikulasi program Teknologi Automotif.
Selaras dengan dapatan TWG KKDW bagi kluster Automotif, program ini dijangka memberi manfaat kepada pelajar Tahap 2 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Automotif melalui laluan khas untuk menyambung pengajian sehingga Tahap 4 Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Automotif.
Usaha ini bukan sahaja membuka peluang kerjaya yang lebih kompetitif, malah dijangka meningkatkan potensi pendapatan para pelajar melalui kemahiran yang lebih tinggi dan relevan dengan keperluan industri.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Encik Mohd Faizal Bin Che Amat, Timbalan Pengarah GIATMARA Negeri Pulau Pinang, Encik Saiful Azmi Bin Omar, Timbalan Pengarah GIATMARA Negeri Kedah dan Encik Shahriman Bin Mohd Kassim, Pengurus GIATMARA Sungai Bakap.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
