Program Ilmiah Ramadan Siri 1

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

27 Februari 2026   |   Butterworth

Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Program Ilmiah Ramadan Siri 1 bertajuk Puasa Bukan Alasan, Produktiviti Jadi Ibadah yang berlangsung di Dewan Mutiara Wawasan, Ibu Pejabat PERDA. Penganjuran program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, di samping menjadi wadah peringatan dan pengisian rohani buat seluruh warga kerja PERDA agar terus memperkukuh nilai keinsafan, keikhlasan dan akauntabiliti dalam melaksanakan amanah.

Siri kali ini menampilkan personaliti dakwah terkenal, Prof. Dato' Dr. Mohd Izhar Ariff , sebagai penceramah jemputan. Dalam perkongsian beliau, penekanan diberikan kepada aspek ketulusan dalam menjalankan tanggungjawab, tuntutan amanah serta kepentingan integriti dalam melaksanakan tugas seharian.

Semoga pengisian yang disampaikan dapat memberi manfaat dan menjadi panduan kepada seluruh warga PERDA dalam meningkatkan kualiti kerja selari dengan tuntutan agama, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Sumber / Foto : Bahagian Khidmat Pengurusan PERDA
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.