Majlis Amanat Tahun Baharu 2026

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

6 Januari 2026   |    Dewan Seri Lestari, Putrajaya

Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 KKDW telah diadakan pada hari ini dan disampaikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bertempat di Dewan Seri Lestari, Putrajaya.
 
Beliau menegaskan bahawa pembangunan desa bukan sekadar perancangan fizikal, malah merangkumi aspek penjanaan pendapatan, kemahiran, dan keyakinan rakyat desa.

Bagi memacu kecemerlangan tahun 2026, lima fokus utama '5P' telah digariskan sebagai hala tuju strategik:
  • People (Rakyat): Memperkasa mobiliti sosial melalui peluang luas untuk belia, wanita, dan golongan rentan.
  • Place (Tempat): Membangunkan desa sebagai kluster pertumbuhan dan hab pelaburan yang dipacu data serta teknologi.
  • Productivity (Produktiviti): Meningkatkan skala ekonomi usahawan desa melalui pendigitalan, inovasi produk, dan akses rantaian nilai.
  • Prosperity (Kemakmuran): Mewujudkan kesejahteraan menyeluruh yang merangkumi ekonomi yang adil dan komuniti yang seimbang.
  • Prophetic (Kepimpinan): Menerapkan nilai-nilai murni berteraskan kepimpinan Rasulullah SAW dalam setiap perancangan dan pelaksanaan amanah.
Majlis turut diserikan dengan persembahan pentas secara berasingan oleh warga PERDA dan MARA yang mempamerkan bakat serta kreativiti masing-masing.
 

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.