Majlis Tautan Mahabah PERDA-TECH

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

6 Mac 2026   |   Nibong Tebal

Sekretariat Bimbingan dan Kaunseling PERDA-TECH telah menganjurkan Majlis Tautan Mahabbah bertemakan “Ramadan di Hati, Syawal Dirai” sebagai satu inisiatif bagi memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga institusi.

Program ini bertujuan menyemai nilai ukhuwah dan mahabbah serta mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan, kakitangan dan para pelajar dalam suasana yang harmoni dan penuh kemesraan.

Selain itu, penganjuran majlis ini juga memberi peluang kepada seluruh warga PERDA-TECH untuk berinteraksi dengan lebih dekat serta memupuk semangat kebersamaan dalam komuniti institusi.

Program ini turut menjadi medium untuk memupuk nilai murni seperti saling menghormati, bertolak ansur dan bermaaf-maafan sempena ketibaan Syawal yang bakal menjelang.

Secara keseluruhannya, majlis ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi semangat kekeluargaan serta mewujudkan suasana persekitaran yang lebih harmoni dan bersatu padu dalam kalangan warga PERDA-TECH. 

GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.