5 Mac 2026 | Butterworth
Bahagian Khidmat Pengurusan telah berjaya menganjurkan Program Ilmiah Ramadan Siri 2 bertajuk "Tahsin Al-Quran". Program ini merupakan kesinambungan usaha PERDA dalam menyemarakkan bulan suci Ramadan dengan pengisian yang bermanfaat buat seluruh warga kerja.
Pihak urus setia amat berbesar hati menjemput Ustaz Wan Muhammad Hamidullah Bin Wan Abdul Halim daripada PPQM Quranic Centre sebagai pembimbing utama. Kepakaran beliau dalam bidang al-Quran memberikan dimensi baharu kepada para peserta untuk memahami seni bacaan dengan lebih mendalam.
Sesi kali ini memberikan penekanan khusus kepada aspek Tahsin, iaitu mencantikkan dan memperelokkan bacaan. Antara pengisian teknikal yang dikongsikan termasuklah:-
- Ketepatan Makhraj: Memastikan setiap huruf hijaiyah keluar dari tempat yang sepatutnya mengikut kaedah yang sahih.
- Sifat Huruf: Menghaluskan bunyi huruf agar perbezaan antara huruf yang hampir sama bunyinya dapat dibezakan dengan jelas
- Lajjah Arab: Sesi bimbingan terus sebutan lajjah arab bagi menyedapkan bacaan Al-Quran
Kehadiran yang menggalakkan daripada kakitangan membuktikan kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan membaca al-Quran dengan tartil. Suasana di dewan dipenuhi dengan semangat ukhuwah dan keinginan untuk memperbaiki diri, selari dengan tuntutan ihsan dalam ibadah.
Program diakhiri dengan sesi soal jawab oleh para peserta. Diharapkan agar siri kedua ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti tadarus al-Quran para kakitangan sepanjang baki Ramadan ini.
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas







