PERDA Kekalkan Pensijilan MS ISO 9001:2015

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

6 Februari 2026   |   PERDA

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah berjaya melalui Fasa Pengauditan Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 yang berlangsung selama dua hari pada 5 dan 6 Februari 2026.

Proses pengauditan yang dijalankan oleh pihak Juruaudit daripada SIRIM QAS International ini melibatkan pemeriksaan yang teliti di Ibu Pejabat PERDA dan PERDA-TECH bagi memastikan pengurusan kualiti organisasi sentiasa berada pada tahap terbaik.

Kejayaan pensijilan semula ini merangkumi empat skop utama perkhidmatan PERDA iaitu Skop Perkhidmatan Sokongan Korporat, Skop Pengurusan Program Latihan Kemahiran, Skop Pengurusan Program Kecemerlangan Akademik dan Skop Pengurusan Program Sewaan Premis PERDA.

Pengurusan Tertinggi PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh anggota kerja yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan urusan pengauditan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk warga PERDA terus memberikan hasil kerja yang lebih produktif.
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.