20 Januari 2026 | Bayan Lepas, Pulau Pinang
Satu perjumpaan dan taklimat telah diadakan antara Pengurusan Tertinggi PERDA bersama pegawai-pegawai Bahagian Kewangan serta pegawai yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan PERDA pada 20 Januari 2026.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar PERDA, Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, bertujuan untuk memperjelaskan hala tuju dan strategi pengurusan kewangan PERDA bagi tahun 2026, dengan penekanan terhadap pengukuhan kedudukan fiskal organisasi serta pematuhan disiplin kewangan yang tinggi dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.
Dalam sesi ini, Pengurus Besar telah menggariskan tiga (3) teras utama pengurusan kewangan PERDA 2026, iaitu ‘Ketelusan dan Akauntabiliti’, ‘Pengoptimuman Kos’ serta ‘Ketangkasan Digital.’
Pendekatan strategik ini mencerminkan komitmen PERDA untuk memastikan tadbir urus kewangan yang cekap, berintegriti dan berdaya tahan, selari dengan aspirasi Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas




