23 Januari 2026 | Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (PDTSPU) pada hari ini.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, Puan Noor Hayati binti Ishak bersama pegawai-pegawai PERDA.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk membentangkan projek-projek yang sedang dilaksanakan serta perancangan projek akan datang oleh PERDA di daerah Seberang Perai Utara.
Dalam pada itu, lawatan ini turut menjurus kepada memperkukuh kerjasama strategik antara PERDA dan PDTSPU bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, berkesan dan memberi manfaat maksimum kepada masyarakat setempat.
Melalui sesi ini, kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pandangan berkaitan penyelarasan pelaksanaan projek, keperluan pembangunan setempat serta peluang kerjasama bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi di daerah Seberang Perai Utara.
Kunjungan Hormat PERDA Ke Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara
- Hits: 57
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas









