15 - 16 Januari 2026 | Bertam Resort
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah melaksanakan Bengkel KPI PERDA 2026: Jelas, Boleh Ukur dan Boleh Buat yang berlangsung pada 15 hingga 16 Januari 2026.
Program yang diadakan di Bertam Resort Penang, Kepala Batas ini melibatkan semua Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional PERDA.
Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah sebagai platform Peralihan Fokus Prestasi iaitu memberi kefahaman jelas mengenai konsep KPI yang berfokus kepada keberhasilan (outcome) dan impak, berbanding tumpuan kepada output dan aktiviti semata-mata.
Sesi ini turut mendapat perhatian daripada barisan pengurusan tertinggi dengan kehadiran Pengurus Besar PERDA serta Timbalan-Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan dan Pengurusan) bagi memastikan hala tuju organisasi selari dengan matlamat strategik yang ditetapkan.
PERDA komited untuk memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan demi memastikan pembangunan luar bandar yang lebih sejahtera dan mampan.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
