Usahawan Bumiputera Pulau Pinang Tembusi Pasaran Gulfood Dubai 2026

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

29 Januari 2026   |   Dubai

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan kerjasama Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (Jabatan Perdana Menteri) telah menyertai Gulfood Dubai 2026 yang merupakan salah sebuah pameran makanan dan minuman terbesar dunia.

Penyertaan ini melibatkan usahawan bimbingan PERDA yang bersedia untuk menembusi pasaran eksport antarabangsa, menerusi penyertaan di bawah Astaka Malaysia anjuran MATRADE.

Program ini telah dirasmikan oleh TYT Dato’ Tengku Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin, sekali gus memperkukuh imej dan kredibiliti produk tempatan di peringkat global.

Hasil penyertaan ini, tiga syarikat usahawan bimbingan PERDA telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa melibatkan rakan strategik dari Mauritius, Dubai dan Cambodia, dengan nilai anggaran perolehan kontrak mencecah RM2,910,570.

Syarikat-syarikat tersebut ialah:
  • ANH Smart Venture Sdn. Bhd.
  • Nurrul Best Food Sdn. Bhd.
  • Konsortium My Gerak Internasional Sdn. Bhd.
Majlis penandatangan perjanjian perniagaan melibatkan syarikat usahawan bimbingan PERDA dan syarikat antarabangsa tersebut telah diserikan dengan kehadiran En. Idzham Abdul Hamid, Pengarah MATRADE dan En. Badrul Hisham Hilal, Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia, MATRADE Dubai.
 
Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan PERDA dan Majlis Pembangunan Bumiputra Pulau Pinang dalam memperkasakan usahawan Bumiputera Pulau Pinang meningkatkan daya saing produk tempatan serta membuka peluang pasaran global secara mampan dan strategik.

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.