Program Onboarding P-Digital

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

12 Februari 2026   |   Butterworth

Program Onboarding P-Digital yang berlangsung di Ibu Pejabat PERDA telah mencatatkan penglibatan positif daripada barusan usahawan tempatan di bawah bimbingan PERDA.

Sesi ini memfokuskan kepada bimbingan teknikal pendaftaran aplikasi di platform iOS dan Android, di mana majoriti peserta kini telah berjaya disahkan sebagai kumpulan perintis Skillman.

Maklum balas usahawan menunjukkan bahawa P-Digital merupakan solusi strategik dalam membina kredibiliti perniagaan serta memudahkan pelanggan mencari perkhidmatan mereka secara digital.

Bagi memastikan kelangsungan sokongan, pasukan Customer Service telah menubuhkan saluran komunikasi khas dan merancang bengkel susulan secara dalam talian pada minggu kedua Ramadan bagi memantapkan kemahiran pengurusan transaksi dalam aplikasi.

Menjelang pelancaran rasmi pada Mei ini, usaha promosi akan dipergiatkan secara konsisten bagi menarik lebih banyak penyertaan Skillman serta memperluas kesedaran pengguna di seluruh Pulau Pinang.

Syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen memulakan langkah pertama dalam ekosistem digital ini.

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.