Bengkel Semakan Inisiatif & CRA PERDA Kukuhkan Strategi Pembanterasan Rasuah 2026-2030

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

27 - 29 Januari 2026   |   Hotel Bahang Bay

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan Bengkel Semakan Inisiatif, Penilaian Risiko Rasuah (CRA) dan Analisa Data sebagai salah satu usaha dalam membangunkan Strategi Pembanterasan Rasuah PERDA yang baharu bagi tempoh 2026 hingga 2030.
 
Bengkel selama tiga hari yang berlangsung dari 27 hingga 29 Januari 2026 di Hotel Bahang Bay, Pulau Pinang ini dianjurkan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) dan melibatkan penyertaan 40 orang pegawai PERDA daripada pelbagai bahagian.

Dalam ucapan aluan, Puan Jazraini binti Jaapar, Ketua Unit Integriti PERDA menzahirkan penghargaan atas komitmen dan sumbangan idea para peserta sepanjang bengkel tersebut.

Menurut beliau, input yang dikumpulkan akan menjadi asas penting dalam merangka strategi lima tahun PERDA untuk memperkukuh budaya integriti.

Beliau turut menegaskan bahawa Pengurusan Tertinggi PERDA, yang diterajui oleh Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap usaha memperkasa integriti serta mengutamakan prinsip tadbir urus berintegriti dalam setiap urusan.

Sehubungan dengan itu, penganjuran bengkel ini dijangka akan menjadi pemangkin kepada pembentukan strategi yang lebih komprehensif dan berkesan dalam usaha PERDA membanteras rasuah serta memperkukuh integriti organisasi bagi tempoh lima tahun akan datang.

 

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.