Pemantapan Transformasi Digital Dan Prestasi Kerja Optimum

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

6 Februari 2026   |   Ibu Pejabat PERDA

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari bertempat di Ibu Pejabat PERDA hari ini.

Bersempena dengan majlis ini, pihak Pengurusan PERDA menfokuskan mengenai penggunaan Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS 2.0) yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya kepada semua anggota kerja PERDA pada 9 Februari 2026.

Langkah ini merupakan komitmen berterusan PERDA dalam memperkasakan tadbir urus digital selaras dengan agenda transformasi sektor awam.

Penggunaan DDMS 2.0 dijangka dapat meningkatkan kecekapan pengurusan rekod, memudahkan capaian maklumat, dan memastikan pemuliharan dokumen yang lebih sistematik serta selamat.

Pada masa yang sama, Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum menekankan berkenaan kepentingan peningkatan mutu perkhidmatan yang berterusan oleh semua anggota kerja PERDA.

Beliau menegaskan bahawa setiap anggota kerja perlu memastikan sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dicapai mengikut garis masa yang ditetapkan.

Selain itu, penekanan terhadap sistem penilaian MyPerformance sebagai kayu ukur profesionalisme dan kompetensi kakitangan dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang turut disentuh.

Akhir sekali, beliau turut menyeru seluruh warga kerja untuk mengekalkan integriti dan dedikasi dalam memikul amanah.
 

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.