Seksyen Kecemerlangan Akademik, Bahagian Pembangunan Insan telah menganjurkan bengkel pembinaan kit pelajar untuk kegunaan Program 'Mathzania' dan Little Scientist' yang telah diadakan pada 25 hingga 27 Mac 2022, bertempat di Hompton By The Beach, Tanjung Tokong.
'Mathzania' dan 'Little Scientist' adalah merupakan salah satu daripada inisiatif galakan STEM kepada pelajar B40 luar bandar daripada 71 buah sekolah terlibat di bawah kawasan operasi PERDA di negeri Pulau Pinang.
Bengkel ini telah melibatkan seramai 20 orang tenaga pengajar STEM bagi subjek Matematik dan Sains serta dihadiri oleh Puan Rozita binti Katan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Sains dan Matematik, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Encik Shamsir bin Jemain, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Sumber Foto : Seksyen Kecemerlangan Akademik