Program Pemantapan Ramadan Siri 3 : 'Tips Keluarga Bahagia'

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
22 April 2022, Butterworth

PERDA bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menganjurkan Program Pemantapan Ramadan pada setiap hari Jumaat di sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Bagi penganjuran siri ketiga yang diadakan secara bersemuka pada hari ini, pihak penganjur berjaya membawa Yang Berbahagia Ustaz Dr. Ahmad Tarmizi Abdul Razak yang merupakan seorang pendakwah bebas yang berpengalaman bagi menyampaikan tazkirah.

Menerusi tajuk Tips Keluarga Bahagia, beliau banyak memberi input dan bimbingan serta amalan yang boleh dilaksanakan dalam menjadikan setiap keluarga itu bahagia di dunia dan di akhirat.

Pihak PERDA mengucapkan terima kasih kepada YADIM Pulau Pinang kerana membantu dalam penganjuran program ini dan diharapkan kerjasama ini dapat terus dijalin pada masa akan datang.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.