25 Jun 2022 | Dewan Utama Pelajar, USM, Pulau Pinang
PERDA telah memperuntukan sejumlah 138 unit set robotik Lego kepada 71 buah sekolah rendah dan menengah di bawah kawasan operasi PERDA di bawah inisiatif Program Rural Outreach STEM (PROSTEM).
Kesinambungan daripada itu, tiga siri program Robotic Training Workshop LEGO® EDUCATION SPIKE™ PRIME telah dirancang bagi melatih serta membimbing pelajar dan guru berkaitan set robotik yang telah disumbangkan.
Robotic Training Workshop LEGO® EDUCATION SPIKE™ PRIME siri 3 ini telah berlangsung di Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan disertai oleh seramai 100 orang yang terdiri daripada pelajar tahun 4-6 serta guru pembimbing daripada 20 buah sekolah rendah di bawah tajaan PERDA kawasan Seberang Perai Selatan dan Daerah Barat Daya.
Sains adalah masa hadapan. Justeru, objektif utama program ini adalah bagi memupuk minat pelajar luar bandar agar lebih cenderung kepada bidang STEM serta merangsang daya kreativiti dan inovasi pelajar di dalam merekacipta suatu sistem dan teknologi yang dapat memberi manfaat kepada kemajuan kehidupan.
FOTO : Azizul Azim Arshad
FOTO : Azizul Azim Arshad
GALERI GAMBAR