17 April 2022, Pulau Pinang
Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Dato' Ramlan bin Harun, Yang Berhormat Pengerusi PERDA, Tuan Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) menanggung tugas Pengurus Besar, Tuan Haji Mohd Asri Baharum serta Skuad PERDA4U telah menyampaikan bantuan pek makanan untuk bersahur.

Antara lokasi bantuan disampaikan adalah :
- Kawasan Gelandangan Sekitar Pulau Pinang
- Hospital Pulau Pinang
- Balai Bomba Jalan Perak, Pulau Pinang
- IPD Timur Laut, Pulau Pinang
- SJR Sekitar Pulau Pinang
- Wisma Yatim Islam, Jalan Scotland, Pulau Pinang
Tujuan program ini adalah untuk menghargai jasa serta penat lelah para petugas-petugas anggota polis, bomba serta kakitangan hospital yang setiap hari tanpa mengira waktu sanggup bersengkang mata mengerah keringat dalam memastikan keselamatan masyarakat awam dan negara terjaga serta membantu golongan yang memerlukan serta mewujudkan semangat prihatin dan bertanggujawab dalam masyarakat.
Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu mereka yang memerlukan dan menjadi penyebab dikurniakan segala kebaikan.
TERIMA KASIH SEMUA.
Kredit Foto : Media PERDA
GALERI GAMBAR