30 Ogos 2022 | Pulau Pinang
Bersempena sambutan Merdeka, sekretariat EXPERT telah menganjurkan konvoi EXPERT Ambang Malam Merdeka bermula dari ibupejabat PERDA dan beberapa kawasan tumpuan awam bagi mempromosikan Expo PERDA Tahun 2022.
Konvoi motorsikal ini diketuai oleh YBrs Tuan Haji Mohd Asri Bin Baharum (Timb Pengurus Besar Pembangunan, Menanggung Pengurus Besar) dan turut hadir bersama En. Rohaimi Bin Othman (Pengurus Pembangunan Ekonom).
Sekretariat EXPERT 2022 juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PDRM kerana sudi mengiringi dan menjaga keselamatan peserta konvoi sepanjang program tersebut berlangsung.
Kepada yang tertanya-tanya mengenai EXPERT, kami mengalu-alukan kedatangan anda semua ke Expo PERDA Tahun 2022 yang akan berlangsung mulai 8-11 September 2022 bertempat di Midtown PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Jumpa anda semua di sana!
GALERI GAMBAR