Robotic Workshop Training 'Lego Spike Prime' Siri 1

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
28 Mei 2022  |  Perda Convention Centre

PERDA telah memperuntukan sejumlah 138 unit set robotik Lego kepada 71 buah sekolah rendah dan menengah di bawah kawasan operasi PERDA di bawah inisiatif Program Rural Outreach STEM (PROSTEM). Kesinambungan daripada itu, tiga siri program Robotic Workshop telah dirancang bagi melatih serta membimbing pelajar dan guru berkaitan set robotik yang telah disumbangkan.

Robotic Workshop Training 'Lego Spike Prime' siri 1 ini telah berlangsung di Perda Convention Centre, Kubang Menerong dan disertai oleh seramai 120 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1-3 serta guru pembimbing daripada 24 buah sekolah menengah di kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Sains adalah masa hadapan. Justeru, objektif utama program ini adalah bagi memupuk minat pelajar luar bandar agar lebih cenderung kepada bidang STEM serta merangsang daya kreativiti dan inovasi pelajar di dalam merekacipta suatu sistem dan teknologi yang dapat memberi manfaat kepada kemajuan kehidupan.

Kredit Foto : Muzhaffar Shatir
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.