28 - 30 Januari 2022 - Langkawi, Kedah
Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Ekonomi, Seksyen Pembangunan Perniagaan bertujuan membangunkan komuniti perniagaan Bumiputera yang berdaya saing dalam industri pelancongan selain mengukuhkan lagi ukhuwah kekeluargaan diantara satu sama lain.
Selain itu, ia juga bertujuan bagi membuka ruang dan peluang kepada penduduk setempat untuk terlibat secara aktif dalam pelbagai Program Agrotourism Tasek Gelugor sebagai salah satu punca pendapatan dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah dan juga menaiktaraf 3 koperasi tempatan sebagai koperasi berdaya maju dalam bidang perniagaan pelbagai sektor yang terdapat dalam Program Agrotourism Tasek Gelugor.
Peserta yang terlibat didalam program ini adalah terdiri daripada ahli Koperasi Nelayan Sungai Labuh Banting Pulau Pinang Berhad (18 peserta), Koperasi Nelayan Sungai Korok / Air Hitam Seberang Perai Berhad (7 peserta) dan Koperasi Nelayan Sungai Pengkalan Machang Seberang Perai Berhad (10 peserta).
Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Muhamad Yusoff Mohd Noor, ADUN Sungai Dua merangkap Pengerusi Jawatankuasa Focus Group (JKFG) Warisan, Kesenian, Budaya dan Pelancongan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama adalah Pengurus Pembangunan Ekonomi, Encik Rohaimi bin Othman.
#perda
#merealisasikanharapanrakyat
#teambuilding
#KoperasiNelayanSungaiLabuhBantingPulauPinangBerhad
#KoperasiNelayanSungaiKorokAirHitamSeberangPeraiBerhad
#KoperasiNelayanSungaiPengkalanMachangSeberangPeraiBerhad
#kplb
#luarbandarsejahtera
#seksyenpembangunanperniagaan
#bahagianpembangunanekonomiperda
GALERI GAMBAR