Bengkel Keusahawanan Wanita Luar Bandar

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
03 - 05 Jun 2022  |  Hotel Flamingo, Pulau Pinang

Bengkel Keusahawanan Wanita Luar Bandar: How To Make Your 1st Million Zon Utara merupakan Siri yang Kedua dilaksanakan pada tahun ini selepas Zon Sabah. Menyusul selepas ini siri-siri berikutnya iaitu bagi Zon Sarawak, Zon Timur, Zon Selatan dan zon Tengah yang akan berlangsung pada pertengahan bulan Jun sehingga bulan Ogos 2022.

Program ini adalah merupakan program yang diberi tumpuan di bawah Teras 2, Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi yang terkandung di dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB).

Program yang dilaksanakan ini merupakan program kerjasama antara INFRA dan juga pihak PERDA. Pihak INFRA mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak PERDA kerana sudi membantu pihak INFRA dalam melaksanakan program ini.

Seramai 40 orang usahawan wanita luar bandar telah menghadiri seminar yang diadakan selama 2 hari ini yang terdiri daripada usahawan wanita luar bandar di bawah bimbingan agensi PERDA dari negeri Pulau Pinang.

Tujuan bengkel ini adalah untuk membantu usahawan untuk meningkatkan jualan dalam perniagaan sehingga mencapai RM1 juta pertama.

Melalui program ini peserta akan diberi bimbingan dengan ilmu, sistem, mentor dan circle berpandukan Manual Jutawan untuk meningkatkan jualan sehingga mencapai RM1 juta pertama.

Objektif Bengkel Keusahawanan Wanita Luar Bandar : How To make Your 1st Million adalah seperti berikut :
  • Memberikan kefahaman dan pengetahuan strategi memulakan perniagaan dengan cara yang betul;
  • Memberikan kefahaman dan pengetahuan dengan lebih tepat tentang penggunaan formula PDCA (Plan, Do, Check dan Action) yang meliputi semua keperluan sebagai seorang usahawan;
  • Membantu usahawan membina suasana positif dengan circle dan team yang saling membantu;
  • Membantu usahawan untuk alignment semua team yang terlibat agar memiliki satu matlamat dan satu tujuan;
  • Membantu usahawan untuk mengenalpasti, memahami dan mendalami kekuatan, kelebihan serta manfaat produk masing-masing.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.