Lawatan ke Vetreo Legacy (M) Sdn Bhd dan KDH Venture

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
21 Jun 2022  |  Pulau Pinang

Satu sesi lawatan ke Syarikat Vetreo Legacy (M) Sdn Bhd dan Syarikat KDH Venture. Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) menanggung tugas Pengurus Besar (PERDA), Tuan Haji Asri bin Baharum @ Harun dan Seksyen Pemasaran Hartanah PERDA yang terdiri daripada Penolong Pengurus Pemasaran, Encik Muhamad Nashroh bin Ishak serta pegawai daripada seksyen tersebut.

Lawatan ini telah disambut oleh CEO KDH Venture, Encik Izrin Shah bin Arif Shah dan pengarah urusan Vetreo Legacy (M) Sdn Bhd, Cik Nor Amira Atiqah binti Norhalim. KDH Venture merupakan syarikat pengiklanan dan pembekal barangan pengiklanan manakala Vetreo Legacy (M) Sdn Bhd merupakan syarikat pemasaran produk.

Sepanjang lawatan berlangsung, pihak syarikat telah membawa delegasi lawatan meninjau kaedah proses pembuatan dan pencetakan iklan yang terbaharu. Di dalam lawatan tersebut, Pihak Syarikat KDH Venture menerusi CEO syarikat, Encik Izrin Shah bin Arif Shah telah berbesar hati untuk memberi sumbangan set pengiklanan/signboard kepada 10 usahawan/penyewa PERDA yang terpilih berjumlah sebanyak RM30,000.00.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2022

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.